- - Fotopages.com
Seni
Dulu aku selalu ke Balai Seni Lukis Negara (BSLN)
Sebab ada Laman Seni minggu pertama setiap bulan
Kali ini aku kembali untuk itu
Tapi Laman Seni tiada lagi
Alang-alang dah sampai, aku terus masuk ke galeri
Banyak karya seni di sini, tapi tak dapat dirakam
Hanya karya daripada berus sabut dan seumpamanya saja boleh dirakam
Satu karya yang menarik
Aku dimaklumkan
Laman Seni telah digantikan dengan Laman Santai
Diadakan setiap Sabtu malam Ahad bermula jam 6 petang
Sementara itu, aku ke Pusat Darah Negara
Melaksanakan kewajipanku untuk manusia lain
Malam ini Laman Santai dirasmikan
Kunjungan aku sekadar ingin tahu apa kandungannya
Ya.. santai. Kita boleh menikmati persembahan seni suara sambil menikmati juadah yang dijual
Selain itu saksikanlah hasil seni lain
Seni lukis, seni foto dan banyak lagi
Hari ini siapa saja bebas mewarna batik
Dan akhirnya ditutup dengan Joget Lambak
Aku bertuah pada malam ini dapat merakam joget pak menteri
Berdansa cukup selesa bersama isteri
Kampung Buku : Mari Membaca
Memandangkan AM bercakap pasal bayaran
Aku pun terpanggil untuk cerita pasal Kampung Buku
Buat masa sekarang, masih percuma
Tapi kemungkinan dikenakan bayaran tak lama lagi
Setelah diambil alih oleh kerajaan
(Alasan ni yang aku pelik, patutnya lagilah percuma)
Sebagai umat Islam, hal itu tak boleh dipercaya bulat-bulat..
Sebabnya kata-kata itu sekadar khabar angin
Tunggu saja masanya
Tapi apa guna menunggu, kan lebih elok kunjunginya sekarang
Betul tak?
Selesai membaca, bersiar-siarlah
Kalau tidak pun, anda masih terpaksa berjalan merentasi hutan
Untuk kembali ke tapak parkir kenderaan anda
Dan pastinya dua jenis binatang ini dapat anda saksikan
Taman botanikal
Baru-baru ni aku balik kampung
Ibu teringin bawa aku ke sini
Aku, ibu, ayah dan epah pergilah
Dulu dipanggil 'Hutan Rekreasi' tapi kini dah lain
Memang cantik dan nyaman
Air terjun ini yang menyambut kehadiran kami
Memang cantik
Ada masa nanti aku tunjukkan gambar couple photoshoot kat sini
Kemudian kami ke taman cerita
Di sini terdapat kisah-kisah haiwan-haiwan pra-sejarah
Laluan yang disediakan mengikut peredaran masa
Walaupun sudah tengahari, kami tak berasa panas
Sebab dikelilingi hutan belantara
Waktu aku kecil, jambatan gantung ni yang aku gerun
Aku percaya dalam tasik ini ada buaya
Sebab berdekatan taman botanikal ni ada taman buaya
Mungkin ada yang terlepas  LOL
Trek yang disediakan sangat selesa
Kami boleh berjalan santai menikmati udara nyaman
Atau berjogging untuk menyihatkan badan
Juga berehat sambil membaca buku
Dalam perjalanan pulang, aku terserempak dengan cendawan
Sangat cantik, tak tahulah boleh dimakan atau tidak
Hanya pada tunggul ni saja ia tumbuh
Hari raya Aidiladha di Kelantan
Empat ekor lembu dikorbankan
Aku sempat melapah daging lembu
Ramai pelik aku tangkap gambar
Ada yang tanya, "Dari akhbar mana?"
Hujan pun kami tetap terus melapah daging
Alangkah seronoknya bermandikan hujan tanpa asid
Beginilah aksi para penonton dan wargakerja
Kanak-kanak antara penonton yang banyak reaksi
Kelainannya di sini darah dibiarkan saja mengalir
Kalau di Melaka, kami gali lubang agar darah berkumpul dan mudah dikambus
Aksi penyembelih setelah selesai tugas
Empat ekor lembu disembelihnya
Masing-masing mempunyai ragam berbeza
Yang putih ini paling besar
Tapi mudah dan tak meragam
Cuti sekolah
Sempena cuti sekolah
Aku bawa ibu ayah dan adik ke Aquaria
Pelbagai fauna terpelihara di situ
Sangat berbaloi
Apatah lagi jika berpeluang menyelam bersama puluhan ikan
Bertemu sahabat lama
Tak boleh dinafikan perasaan seronok apabila bertemu sahabat lama
Banyak sangat perkara yang ingin dikongsi
Bertemu dalam majlis perkahwinan salah seorang daripada kami
Keesokannya kami meluangkan masa bermain bowling
Mungkin lebih seronok jika lebih ramai turut serta
Moga persahabatan kita kekal selamanya...
Goodbye
Makan-makan sempena perpisahan
Malam semalam aku dan mereka bergelak ketawa
Dalam makan-makan sempena aku nak bercuti sekejap
Malas nak tulis panjang-panjang..
Ziarah menziarahi
Memang lumrah Aidilfitri, ziarah menziarahi..
Walaupun kini sudah bekerja, masa perlu diluangkan untuk mengakrabkan silaturrahim..
Setiap hujung minggu Aidilfitri adalah untuk ziarah-menziarahi..
Teman2 lama banyak berubah..
Dulu solo kini berdua, dan ada yang bertiga..
Tak lupa juga beberapa kerat yang masih solo..
Semangat SCOLOBU sangat hebat..
Teena tawarkan rumahnya untuk jamuan raya SCOLOBU..
Makanan semuanya sedap2 belaka..
Sayangnya aku buat kacau sikit..
Konon nak bergambar sambil pegang sepinggan spaghetti tapi..
Sebab tak kontrol la, aku tertumpah spaghetti atas lantai..
Mujur pakaian sesiapa pun tak terkotor..
Kemas sendiri la..
Sori ye teena..
Menjelang Aidilfitri
Sebelum Syawal menjelma, macam-macam perkara aku buat..
Berjumpa kawan-kawan lama untuk iftar bersama..
Saat yang sangat indah mengenangkan kisah lampau..
Malam terakhir Ramadhan, tiada lagi tarawih yang menenangkan..
Gema takbir mula berkumandang..
Aku, ibu, ayah dan adik bersiar-siar menikmati saat umat Islam bergembira..
Malam 1 Syawal..